My Add

Tuesday 25 October 2011

Hudud: Kelantan temui PM selepas segalanya selesai

SELASA, 25 Oktober, 2011: Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum Hudud setelah segalanya selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, surat telah dihantar kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

"Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, petang ini, lapor Harakahdaily.

Secara berseloroh, beliau memberitahu jika terlalu susah untuk pemimpin di atas meluluskan perlaksanaan Hudud, secara yang mudah ialah mengubah sahaja kerajaan yang ada sekarang pada pilihan raya yang akan datang.

Jawatankuasa Teknikal Enekmen Jenayah Syariah 2 telah ditubuhkan secara rasmi semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan mempunyai 19 ahli jawatankuasa dari pelbagai latar belakang termasuk agensi penguatkuasa negara.

Antaranya Ketua Polis Kelantan, Datuk Jaluluddin Abd Rahman, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan Abdullah Yakob, Peguam Hisham Fauzi, Ketua Hakim Syarie Datuk Daud, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Pengarah Penjara Kelantan, Presiden Peguam Syarie Malaysia dan Senator Mumtaz Md Nawi.

No comments:

Post a Comment