My Add

Thursday 27 October 2011

MCA sasar tawan Wilayah Persekutuan


Tan Chai Ho
KHAMIS, 27 Oktober. 2011: MCA yakin mampu menawan semula beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, partinya dijangka mempunyai peluang yang baik untuk memang di dua kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

''MCA juga akan memberi saingan sengit kepada pembangkang di tiga kerusi yang dilihat sebagai kawasan hitam iaitu Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang yakin parti itu akan merampas kembali kerusi yang dikuasai parti pembangkang di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Chai Ho berkata, penelitian MCA di Wilayah Persekutuan mendapati ramai pengundi telah kembali menyokong BN berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

''MCA kini bersatu untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa. Ahli-ahli MCA tiada pilihan lain tetapi mesti memastikan survival parti dalam pilihan raya akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment