My Add

Thursday 27 October 2011

Usahawan bumiputera perlu lebih agresif - Mahathir

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Usahawan Bumiputera seharusnya tidak mengehadkan diri dalam kelompok Bumiputera sahaja, sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan kaum yang berjaya dalam bidang perusahaan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, mereka perlu lebih agresif dan berusaha untuk mengambil peluang mengembangkan perusahaan seiring dengan kemajuan dan pencapaian kaum lain, lapor Bernama.

"Apalah salahnya kita bertanya kepada kaum lain seperti kaum Cina yang handal mengurus tadbir perniagaan mereka.

"Rantaian sangat penting dalam perniagaan. Kita harus kenal peniaga-peniaga lain. Untuk berjaya, tidak bermakna mesti 100 peratus Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata dmikian pada ucaptama bertajuk “Ke Arah Visi 2020 - Di manakah Kedudukan Usahawan Bumiputera" pada simposium Usahawan Permodalan Usahawan Bumiputera (PUNB), di Kuala Lumpur, hari ini. 

No comments:

Post a Comment