My Add

Thursday 27 October 2011

Boikot harga barang: MBM sokong CUEPACS, MTUC

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong tindakan dan saranan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pengguna memboikot kenaikan melampau harga barangan.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dan akan menjalankan ”protes senyap” bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan juga pembekal barangan.

"Saya akan menggerakkan pengguna-pengguna muda di seluruh negara menerusi majlis belia negeri, daerah, cawangan dan kampung bagi memantau kenaikan harga barangan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama, hari ini.

Mohamed Maliki berkata, kenaikan harga beberapa barang keperluan harian yang mendadak ketika musim perayaan sekarang berikutan pengumuman insentif kerajaan dalam Bajet 2012 kepada kakitangan awam baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment