My Add

Friday 28 October 2011

RM19.8 juta untuk rakyat Perak

Oleh ANI AWANG

JUMAAT, 28 Oktober, 2011: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini, mengumumkan pelbagai peruntukan berjumlah RM19.8 juta demi faedah rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Peruntukan tersebut lebih menumpukan kepada usaha membangunkan bidang pendidikan serta kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan di Perak, lapor Utusan Malasia.

Ketika menghadiri majlis perjumpaan dengan guru-guru agama di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan RM15.8 juta untuk membantu Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SBAK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Quest International University Perak (QIUP) di Jalan Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.75 juta untuk penduduk di kawasan Parlimen Lumut.

Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan masjid di Teluk Muroh bernilai RM1.5 juta, pembinaan SAR Taufikiah di Lekir (RM350,000) dan pemberian sebuah van untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 10, Lekir bernilai RM100,000.

Peruntukan lain ialah pembinaan SAR Pasir Panjang (RM300,000), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pangkor (RM1 juta) dan pembinaan Dewan Orang Ramai Batu 10, Lekir bernilai RM1.5 juta.

“Saya harap bantuan yang diberikan ini akan memberikan kemudahan kepada rakyat di kawasan tersebut,” katanya ketika melancarkan program School Times di SMK Batu Sepuloh, Lekir, petang ini.

No comments:

Post a Comment