My Add

Friday, 28 October 2011

Muhyiddin tempelak Anwar

JUMAAR, 28 Oktober, 22011: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini sebagai gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.

Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang, lapor Utusan Malaysia.

''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.

''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir..

Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal Malaysiakini.com semalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Katana, sekiranya terdapat bukti berlaku elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil.

''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya.

Bukti pembangkang tiada muafakat

Beliau mengulas kemelut antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin menyifatkan kemelut pembahagian kerusi pilihan raya dalam pakatan pembangkang sebagai sesuatu yang sudah dijangka.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri, sejak dahulu lagi gabungan itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu sama lain.

Menurutnya, hakikat itu jelas apabila parti-parti dalam pakatan tersebut khususnya di Kedah, bertelagah sesama sendiri berhubung siapa dan berapa kerusi yang patut diperoleh menjelang pilihan raya.

Malah, beliau menjangkakan kemelut tersebut akan turut merebak ke negeri-negeri lain ekoran ketiadaan kesepakatan antara mereka.

''Kita mengikuti perkembangan itu dan menunjukkan terdapat perasaan tidak puast hati. Berebut-rebut nak kerusi walaupun dalam pilihan raya lalu dimaklumkan sudah selesai tetapi mereka berbalah semula.

''Ini membuktikan pakatan ini sebenarnya tidak berpakat," katanya. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, senario itu tidak berlaku dalam BN yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, BN tidak mahu mencampuri kemelut tersebut sebaliknya bersedia untuk bertanding dengan mana-mana calon pakatan pembangkang tanpa mengira tempat.

No comments:

Post a Comment