My Add

Tuesday 25 October 2011

MIC Johor berkeyakinan tinggi pertahan 4 kerusi DUN

SELASA, 25 Oktober, 2011: MIC Johor berkeyakinan tinggi parti itu mampu mempertahankan keempat-empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh wakilnya pada pilihan raya umum akan datang.

Bernama memetik Setiausaha MIC Johor, M.Asojan sebagai berkata, keempat-empat kerusi DUN yang ditandingi pemimpin parti itu di bawah tiket Barisan Nasional (BN) adalah Gambir, Kahang, Tenggaroh dan Permas.

"Walaupun pengundi majoriti di keempat-empat kerusi Dewan Undangan Negeri itu terdiri daripada kaum Melayu, tetapi pemimpin MIC terbabit termasuk saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan baik,” katanya kepada Bernama di Johor Bahru, hari ini.

Beliau yang merupakan ADUN Gambir serta ahli exco kerajaan negeri berkata, anggota DUN daripada MIC itu telah menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Kata Asojan, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi MIC Johor berkeyakinan untuk mengekalkan keempat-empat kerusi DUN itu sebagai kubu kuat untuk BN pada pilihan raya umum akan datang, sebagaimana yang berlaku pada 2008. 

No comments:

Post a Comment