My Add

Wednesday, 26 October 2011

Protes harga barang naik: MTUC sokong CUEPACS

Oleh MAHIRAH ZAKARIA

RABU, 26 Oktober, 2011: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)bagi melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata,sebagai pekerja kami akan menyokong tindakan yang disarankan oleh CUEPACS jika kenaikan harga barang berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

“Kami menyokong penuh saranan CUEPACS untuk memprotes kenaikan harga barang ini jika peniaga terus menaikkan harga barang tanpa sebab yang kukuh.

“Jika harga barangan masih naik, ahli kesatuan akan bersama-sama memprotes kerana keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada penjawat awam malah juga kepada kakitangan swasta,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika di hubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Mohd. Khalid , isu kenaikan harga barang ini seperti satu fenomena yang pasti berlaku jika kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan. - Utusan


Omar Osman
Di Kuching semalam. CUEPACS) mengajak 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, protes boleh dilakukan dengan mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.

"Penjawat awam belum mendapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambil kesempatan,” katanya selepas taklimat isu semasa CUEPACS dengan ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.

Kata beliau, masanya telah tiba bagi semua penjawat awam bersatu dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna.

Fenomena kenaikan harga barangan terutama ayam berlaku di seluruh negara termasuk di negeri ini dan kesannya semakin dirasai pengguna.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebelum ini dilapor berkata, harga ayam di Sarawak kini antara RM9.50 dan RM11.50 sekilogram bergantung kepada lokasi, susulan kekurangan bekalan sejak bulan lepas.

Bagaimanapun, beliau menjangka harga ayam kembali ke paras biasa iaitu antara RM7.50 dan RM8 sekilogram pada pertengahan bulan depan apabila bekalan kembali normal

No comments:

Post a Comment