RABU, 26 Oktober, 2011: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan UMNO sebagai tunggak pemerintahan negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik.
Sebaliknya, lata beliau, Perkasa akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara, lapor Bernama.
"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
"Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata,” katanya.
Beliu, sebelum itu berucap pada perhimpunan agung kedua Perkasa di Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini.
No comments:
Post a Comment