My Add

Thursday 27 October 2011

Penerbitan buku bahasa Melayu, kriteria naik pangkat



MOHAMED Khaled Nordin (tengah) melancarkan pelan tindakan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT, di Kementerian Pengajian Tinggi, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam bahasa Melayu akan dijadikan satu daripada kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat ahli-ahli akademik, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara inisiatif dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilancarkan hari ini.

Menurut, Bernama, melalui pelan itu juga, anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu akan diwujudkan, manakala kategori baru iaitu Anugerah Penterjemah Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu akan dimasukkan dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) akan datang.

Bercakap pada majlis pelancaran pelan tindakan itu di kementerian berkenaan di sini hari ini, beliau berkata semua kursus wajib universiti seperti Kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara serta Hubungan Etnik akan diwajibkan dikendali dalam bahasa Melayu, manakala penuntut antarabangsa pula diwajibkan mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.

"Kita meletakkan sasaran 30 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian meletakkan sasaran 70 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains dan sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment