My Add

Saturday, 29 October 2011

Wanita PBS mahu universiti perubatan dibina di Sabah

SABTU, 29 Oktober, 2011: Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangkan supaya kerajaan Pusat membina sebuah universiti perubatan di Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, ketuanya, Datuk Jamilah Sulaiman berkata, universiti itu diyakini akan dapat melahirkan doktor, pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

“Para pelajar kelahiran universiti itu mesti disyaratkan untuk berkhidmat di Sabah sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mereka dibebaskan bekerja di tempat lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Wanita PBS, di Dewan KDCA, Penampang hari ini.

Bernama melaporkan, persidangan yang diadakan serentak dengan persidangan perwakilan Pemuda PBS itu dirasmikan oleh Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Jamilah berkata, kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan di setiap daerah di Sabah merupakan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kekurangan ini telah menyebabkan pesakit yang memerlukan rawatan khas terpaksa dihantar ke Kota Kinabalu. Situasi ini bukan sahaja menyusahkan pesakit yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh tetapi juga menyusahkan keluarga pesakit,” katanya. 

No comments:

Post a Comment