My Add

Saturday 29 October 2011

Azin Bari kata Kabinet tak boleh campurtangan Laporan Audit,

SABTU, 29 Oktober, 2011: Profesor Dr Abdul Aziz Bari kata tindakan Ketua Audit Negara menyerahkan laporan Audit 2010 kepada kabinet, menyalahi peraturan dan bertentangan dengan Perlembagaan, 

Ini kerana, katanya lagi, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya hanya perlu mengemukakan laporan berkenaan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat.

“AG tidak mengikut apa yang ditetapkan, amalan ini mengatasi perlembagaan,” kata Pakar Perlembagaan itu menerusi Keadilandaily.

Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan.

Tindakan Ambrin menyerahkan laporan itu kepada jemaah menteri, menyebabkan berlaku kelewatan sehingga 17 hari selepas Belanjawan 2012 dibentangkan di Parlimen. 

“Perkara ini menyebabkan berlaku kelewatan apabila ia tidak dibentangkan sekali dengan bajet yang mengandungi begitu banyak penyelewengan, kelemahan dan segala macam kepincangan,” katanya. 

Menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu, kenyataan AG bahawa ia merupakan satu amalan biasa yang telah lama dipraktikkan sejak 1982, juga dipersoalkan. 

“Satu kesilapan di pihak AG apabila dia mengatakan itu amalan biasa. Amalan itu salah. Oleh kerana dia melakukan sesuatu yang salah, kabinet telah menyekat laporan Audit di bentangkan di parlimen dengan delay yang begitu panjang. 

“Mungkin AG merasakan kedudukan kabinet equivalent dengan Yang di Pertuan Agong,” sindir beliau. 

Justeru itu, katanya, Keadilan atau Pakatan Rakyat boleh meminta satu inkuiri awam ditubuhkan berhubung perkara itu. 

“Ini merupakan perkara yang serius kerana laporan audit ini melibatkan wang yang digunakan kerajaan. Sesuatu perlu dibuat supaya kita dapat betulkan, memandangkan ia mempunyai kaitan dengan kandungan audit yang cukup memeranjatkan itu,” katanya. 

Mengulas lanjut, Aziz berkata, kuasa AG adalah menyamai hakim Mahkamah Persekutuan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang sepatutnya bebas tanpa terikat kepada keputusan kabinet. 




No comments:

Post a Comment