My Add

Friday, 28 October 2011

Kejayaan polis banteras makmal dadah elak persepsi buruk

JUMAAT, 28 Oktober, 2011: Kejayaan polis membanteras kewujudan makmal memproses dadah di negara ini dapat mengurangkan penyeludupannya ke luar di samping mengelakkan persepsi buruk negara lain terhadap Malaysia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim.

"Kita tak mahu kita dipandang sebagai negara pengeluar (dadah). Sebab itu, selain mengawal penyeludupan dadah ini di pintu-pintu sempadan, kita juga banyak tumpukan dalam membanteras operasi makmal-makmal dadah yang wujud di negara ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan paling besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah penahanan tiga beradik warga Mexico di kilang memproses dadah di Johor tiga tahun lepas yang melibatkan rampasan dadah bernilai RM44 juta.

"Kita akan mengawasi semua sempadan, tapi dalam masa yang sama, kita dapat atasi punca dadah itu terhasil, maknanya kewujudan makmal-makmal memproses dadah itu sendiri. Beberapa makmal yang besar macam di Johor telah dapat kita ambil tindakan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment