NAJIB disambut hadirin |
RABU, 26 Oktober, 2011: Amarkala Deepavali 2011 disambut penuh meriah di seluruh negara hari ini.
Sejurus sampai dari Riyadh, Arab Saudi, pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak terus menyertai sambutan buat pertama kali bersama warga akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai di bangunan Peladang, Koperasi Kebangsaan Pemodalan Tanah Berhad (NLFCS), Jalan Templer, Petalng Jaya.
Lebih manis lagi apabila majlis itu turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-67 pemilik akhbar itu, Datuk S Subramaniam, yang juga bekas Timbalan Presiden MIC.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan kira-kira 1,000 masyarakat daripada berbilang kaum yang mengunjungi rumah terbuka itu.
Beliau kemudian menghadiri sambutan anjuran MIC di perkarangan kuil Batu Caves sebelum ke Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras bagi memenuhi undangan sambutan Deepavali anjuran Hindu Sangam.
Sekitar Little India, Brickfields, malam tadi meriah. Lebih 10,000 warga kota pelbagai kaum termasuk pelancong membanjiri sekitarnya meraikan konsert terbuka 'Amarkala Deepavali 2011' yang julung kali diadakan sempena sambutan Deepavali tahun ini.
Upacara sam butan bermula jam 10 malam itu berlintas langsung serentak antara dua negara Malaysia dan Singapura selain turut diserikan lagi dengan penyatuan artis berkongsi pentas menyampaikan lagu yang membangkitkan semangat bagi meraikan perayaan itu dalam suasana lebih meriah dan menghiburkan.
Antara artis yang membuat persembahan termasuk Navin dan Banu Mitha ( lagu Ussumulareasay), Saravanan dan Nisha (lagu Jingge Jingge), Magen dan Menaga (lagu Chillax), Darshaini(lagu Who's The Hero), Naven dan Gayathri (lagu 60s Pachaikili), Puvaneswaran dan Anuratha(lagu 80s Sengarembe), Patrick (lagu Who Am I), Rabbit Mac dan Sheezay Wakaka Crew (lagu Cheeky Ponnamah), Vera, Siva, Ambarasan dan Kogila (Lagu Ballelakka) serta S Manivanan dan Shaila Nair (lagu Pudikithe Pudikala).
Sambutan di Brickfields |
Program yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut diserikan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, timbalannya Datuk M Saravanan serta Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.
Hadir sama, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf.
Raja Nong Chik semasa ditemui berkata, ini adalah satu program yang mampu menarik pelancong untuk datang ke Malaysia terutama ibu kota disamping menunjukkan semangat perpaduan yang semakin erat di antara kaum di negara ini.
"Kita harap program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan selain membantu mempromosikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan pelancongan pengunjung yang datang terutama pelancong luar negara," katanya.
Sementara itu, Manglin pula berkata, acara yang diadakan adalah berkonsepkan semangat 1Malaysia dimana rakyat pelbagai kaum hadir meraikan majlis ini secara bersama.
"Ini satu petanda yang baik terhadap perpaduan di negara kita , saya berharap aktiviti seperti ini dapat di jalankan setiap tahun untuk menunjukkan kepada pelancong asing bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dalam menjayakan pelbagai aktivitinya,"katanya.
Majlis kemuncak malam tadi diakhiri dengan nyanyian bersama oleh semua artis yang membuat persembahan selain pertunjukkan bunga api sebagai menutup tirai majlis.
No comments:
Post a Comment