My Add

Thursday 27 October 2011

Rakyat sendiri bebas menilai kerajaan BN: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menyerahkan kepada budi bicara rakyat untuk membuat penilaian terhadapnya pada pilihan raya umum. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian terhadap semua usaha dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah dan isu yang dihadapi mereka selama ini.

"Kerajaan bantu selesaikan masalah, terserah kepada budi bicara rakyat. Serah kepada rakyat untuk menilai," katanya pada majlis perjumpaan dengan kepimpinan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Bernama melaporkan, Muhyiddin berkata, kenyataan pemimpin kerajaan BN supaya rakyat menyokongnya kadang kala disalah tafsir oleh media tertentu sebagai "memaksa" rakyat. 

Beliau berkata demikian semasa menjelaskan kenyataannya sebelum itu bahawa pentadbiran kerajaan negeri Perak oleh BN akan memudahkan program pembangunan negeri kerana BN juga menerajui kerajaan Persekutuan. 

Menyentuh mengenai Bajet 2012, beliau berkata walaupun bajet kali ini "luar biasa" kerana ia memberi manfaat kepada semua golongan rakyat, parti pembangkang masih tetap tidak berpuas hati. 

Kira-kira 1,000 pemimpin 200 buah NGO dari seluruh Perak menghadiri perjumpaan berkenaan yang diadakan sempena lawatan kerja sehari Muhyiddin ke Perak hari ini. 

No comments:

Post a Comment