My Add

Wednesday 26 October 2011

Isa Samad belum dilantik Pengerusi KPF secara rasmi


SELASA, 25 Oktober, 2011: Belum temtu hujung pangkal hebuh bagaikan ribut musim tengkujuh

Inilah isu yamg terceus ekoran siapa sepatutnya dilantik mengisi jawatan Pengerui Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) itu.

Sebenarnya, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) secara rasmi.
Isa Abdul Samad
Demikian dijelaskan oleh TimbLn Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hati ini.

Menurutnya, pelantikan Mohd. Isa seperti diputuskan Ahli Lembaga Pengarah Felda akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang diperuntukkan Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil KPF.

Tan Sri Mohd. Isa masih belum dilantik jadi Pengerusi KPF. Pengerusi KPF ialah Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Abdul Wahab.

Sebenarnya jika Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagai mana yang ada padanya di Felda sebab kita tidak mahu ada kuasa eksekutif dalam KPF.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya, bukan apa yang dibimbangkan, kata Ahmad Maslan.

Beliau menjelaskan perkara berbangkit ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mempertikaikan pelantikan Mohd. Isa yang dianggap mempunyai konflik kepentingan sehingga menafikan pihak lain yang mempunyai kelayakan menerajui koperasi berkenaan.

Kata Ahmad Maslan, pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi berkaitan FELDA juga berdasar kepada Tatacara dan Urus Tadbir Syarikat.

"Oleh itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan Felda tidak menimbulkan konflik kepentingan.

"Ini kerana, kesemua syarikat berkenaan di bawah Kumpulan Felda dan setiap pertubuhan atau syarikat diurus mengikut akta berkaitan dengan entiti berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment