My Add

Wednesday 26 October 2011

Kedah rayu bantuan Kerajaan Pusat hadapi banjir

RABU, 26 Oktober, 2011Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Azizan Razak

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu, lapor Bernama.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang, hari ini.



No comments:

Post a Comment