My Add

Friday 28 October 2011

Penyu tak mahu menangis lagi


KETUA pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan (kiri) dan ketua pasukan Terengganu, Mohd Mazuki bergambar bersama menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok. - Foto Supian Ahmad



JUMAAT, 28 Oktober, 2011: Semangat skuad Penyu berada pada kemuncak untuk bawa pulang Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir piala berprestij itu, esok.

Pengurus pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh berkata, semangat pemain begitu tinggi dan 'penyu tidak akan menangis lagi' seterusnya akan mengusung balik piala itu dengan mengalahkan Negeri Sembilan.

"Diharap pada perlawanan akhir nanti semangat pemain Terengganu akan sampai ke kemuncak," katanya, mengulas persiapan pasukannya menghadapi perlawanan akhir esok, laporr Bernama.

Che Mat, yang juga Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu sangat berpuas hati dengan persediaan pasukannya dan semua pemain utama berada dalam keadaan bersih daripada sebarang penggantungan.
Katanya, jurulatih Irfan Bakti mengatur strategi bagi memastikan Piala Malaysia yang pertama kali dimenangi Terengganu 10 tahun lalu akan kembali ke Terengganu.

"Kejayaan itu tambah menyinar lagi apabila kerajaan negeri memberi sokongan padu kepada pasukan negeri terutama sekali Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said," katanya.
Begitupun, Che Mat tidak menafikan kehebatan pasukan Negeri Sembilan, yang gagal menjuarai kejohanan tahun lepas setelah kalah kepada Kelantan dalam perlawanan akhir.

Beliau berkata, bagi Terengganu mengalahkan pasukan hebat merupakan satu pengalaman berharga seperti dilakukan ke atas Selangor dan Kelantan di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

No comments:

Post a Comment