My Add

Thursday 27 October 2011

Malaysia komited perangi rasuah

KHAMIS, 27 Oktober, 2011: Malaysia komited dalam memerangi rasuah di negara ini dan aktif menyokong keperluan kerjasama antarabangsa dalam memerangi ancaman itu.

Bagi tujuan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata, kerajaan telah menggubal undang-undang baru, seperti Akta Pelindungan Saksi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat, untuk membasmi rasuah, lapor Bernama.

Ia turut memperkenalkan Pact Integriti Kementerian Kewangan untuk perolehan kerajaan dan mewujudkan mahkamah khas rasuah bagi membicarakan mereka yang didakwa melakukan rasuah, katanya dalam ucapan pada Persidangan Negara-negara Berpihak ke Konvensyen Menentang Rasuah Bangsa-bangsa Bersatu di Marrakech, Maghribi, yang akan berakhir esok. 

No comments:

Post a Comment