My Add

Thursday 1 December 2011

DAP musuh sebenar UMNO

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
ANCAMAN politik kepada UMNO bukanlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun musuh sebenar yang perlu ditentang adalah DAP.

Pemangku Ketua Wanita Bahagian Tun Razak, Zaleha Najmuddin ketika membahaskan usul politik mengatakan, DAP merupakan parti yang menjadi ahli sosialis antarabangsa yang berfahaman komunis.

"Kita semua tahu bahawa mereka ini secara terang-terangan menolak Islam. Mereka mempunyai strategi di mana sentimen perkauman bangsa mereka lebih bersatu dalam memperjuangkan parti mereka.

"Jika orang Cina bersatu dan menyokong DAP, apa pula strategi orang Melayu yang kini telah berpecah antara PKR, Pas dan UMNO," katanya ketika membahaskan usul politik sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2011.

Beliau berkata, tidak terfikirkah Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang kesatuan orang Melayu dan penyatuan umat Islam sehingga sanggup pula bekerjasama dengan DAP.

"Bangsa Melayu perlu bersatu bagi menjamin kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan negara kita agar Malaysia tidak dijajahi oleh orang lain dengan cara apa sekali pun," jelasnya.

Selain itu, Zaleha berkata, usaha membanteras kemiskinan sudah dicapai di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Contohnya pemberian barangan niaga 1Azam amat bererti kepada seluruh usahawan kecil untuk memulakan perniagaan terutamanya golongan wanita.

"Pihak pembangkang hendak kata apa. Jangan cuba berdusta. Kalau mereka memerintah kita tidak akan dapat apa-apa," ujarnya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment