My Add

Thursday 1 December 2011

IAEA keluarkan garis panduan yang perlu dipatuhi Lynas

KUANTAN, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
AGENSI Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu dipatuhi syarikat Lynas Maalaysia Sdn. Bhd. bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dijalankan di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, garis panduan itu bagi memastikan kesihataan dan keselamatan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan diutamakan apabila kilang itu beroperasi kelak.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan Lynas memulakan operasi sedang diteliti oleh pegawai selia kami mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak kilang tersebut yang turut dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Datuk Dr. Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad di sini, semalam.

Beliau juga menafikan khabar angin yang mendakwa praoperasi kilang tersebut akan dimulakan pada Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Raja Abdul Aziz berkata, Lynas telah menghantar dokumen permohonan lesen praoperasi sejak empat minggu lalu dan kini masih dikaji oleh panel yang dilantik sebelum keputusan dikeluarkan tujuh bulan kemudian.

Katanya, ia bagi memastikan tiga bahan nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan tidak mengakibatkan kesan radiasi kepada orang ramai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment