My Add

Thursday 1 December 2011

Tiga tebatan banjir Pekan siap 2012

PEKAN, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
TIGA buah projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko banjir di bandar Pekan yang bernilai RM80 juta dijangka siap pada Jun dan September tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas berkata, ketiga-tiga projek itu yang kini telah siap 40 peratus merupakan projek fasa pertama daripada empat fasa.

Katanya, projek pertama adalah pembinaan ban barat dan selatan, parit utama, struktur kawalan Sungai Mat Dulang dan kerja-kerja berkaitan yang akan siap September depan.

"Projek kedua melibatkan kerja-kerja pembaikan saluran Sungai Parit, parit timur, penyambung Air Hitam dan kerja-kerja berkaitan juga dijangka siap September depan manakala projek ketiga adalah kerja pembaikan Sungai Parit yang dijangka siap Jun tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan projek-projek berkenaan di sini semalam.

Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut melibatkan penggunaan sistem polder dengan membina ban keliling kerana ban sedia ada telah mendap dan terhakis serta tidak tidak dapat melindungi bandar Pekan daripada banjir.

Douglas berkata, selepas projek itu siap, ia boleh mengelakkan kejadian banjir di kawasan bandar Pekan yang berkeluasan 2,600 hektar membabitkan 24,173 orang penduduk. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment