My Add

Saturday 17 December 2011

AgroBazar Kedai Rakyat berjaya, dapat suntikan RM3j lagi

YAN, SABTU, 17 Disember, 2011: Kejayaan program AgroBazar Kedai Rakyat (AKR) yang dilancarkan pada 2009 mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan RM3 juta lagi untuk mewujudkan lebih banyak program itu di kawasan luar bandar agar lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Perdana Menteri berkata, AKR adalah antara program untuk mentransformasikan kedai runcit di luar bandar bagi membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk kawasan luar bandar.

Katanya, beliau meluluskan peruntukan RM4 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai agensi pelaksana dan kejayaan awal itu mendorong kerajaan meluluskan RM3 juta lagi tahun ini.

"Kejayaan program ini sebagai satu lagi transformasi “Strategi Laut Biru” kerajaan yang dihasilkan melalui perkhidmatan baru dan penggabungan sumber yang melangkaui sempadan jabatan dan agensi untuk dimanfaatkan.

"Melihat AKR menjana pendapatan sampingan penduduk luar bandar dan membantu pengguna berjimat cermat mendapatkan barang pada harga murah, saya luluskan RM3 juta lagi bagi melaksanakan program ini,” kata Najib semasa berucap melancarkan AKR di Kampung Ruat di sini, hari ini.

Beliau berharap suntikan itu diharap memberi faedah kepada peniaga, penduduk kampung dan juga peraih untuk mendapat keuntungan melalui usaha mereka bercucuk tanam dan berniaga. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment