My Add

Saturday, 17 December 2011

MyAgrosis jadikan IPT nadi pengeluaran makanan negara

SUNGAI PETANI, SABTU, 17 Disember, 2011:Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) yang dilancarkan hari ini mampu menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sebagai nadi pengeluaran makanan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kelab itu juga akan membantu negara dalam menangani defisit import makanan negara yang ketika ini begitu besar berbanding eksport makanan negara.

"Ketika ini kita eksport RM18 bilion setahun tetapi import makanan kita RM30 bilion. Kita berdepan dengan defisit yang cukup besar.

“Jadi MyAgrosis ini akan membantu kita menampung defisit ini dengan kaedah-kaedah baru,” katanya ketika melancarkan MyAgrosis peringkat kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia dan Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini.

Katanya, jika pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan, rakyat tidak akan dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Punca kos sara hidup yang besar adalah kerana kos makanan. Jadi untuk mengelakkan rungutan rakyat, cara terbaik adalah bekalan pengeluaran negara ditingkatkan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment