SHAFIEApdal menyampaikan bantuan enjin sangkut kepada salah seorang nelayan pada satu majlis di Semporna yang turut dihadiri oleh Yussoff Dohab (dua dari kiri) dan Abdul Puhat Mat Nayan (kiri), kelmarin.
SEMPORNA, SABTU, 17 Disember, 2011: Segelintir anggota masyarakat sanggup menyalahgunakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan demi memperoleh keuntungan segera yang hanya bersifat sementara.
Oleh itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan rakyat termasuk nelayan dan penternak supaya tidak menyalahgunakan bantuan yang diberikan kepada mereka.
Katanya, tidak adil sekiranya bantuan itu disalah guna bagi meraih pulangan mudah tetapi bersifat sementara melalui jalan singkat dengan menjualnya kepada pihak lain.
Menurutnya, tindakan menjual bantuan tersebut bukan sahaja menunjukkan pihak penerima tidak menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi juga merugikan diri sendiri bagi jangka masa panjang.
"Saya ingin mengingatkan nelayan di sini agar tidak menyalahgunakan bantuan kerajaan, sebaliknya mereka perlu memanfaatkannya untuk keperluan mencari nafkah demi kepentingan keluar.
"Saya ingin mengingatkan nelayan di sini agar tidak menyalahgunakan bantuan kerajaan, sebaliknya mereka perlu memanfaatkannya untuk keperluan mencari nafkah demi kepentingan keluar.
"Mungkin mereka berasa pandai kerana memperoleh wang mudah, tetapi tanpa disedari telah menipu dan merugikan diri sendiri selain menggagalkan usaha kerajaan yang ingin melihat rakyat negeri ini bebas daripada belenggu kemiskinan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Peralatan Enjin Sangkut, Mesin Jahit dan Penyampaian Peralatan Perikanan di Dewan Floating di sini kelmarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Yussoff Dohab, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlie Marahaban.
Mengulas lanjut, Shafie berkata, kerajaan pada hakikatnya sentiasa prihatin terhadap rakyat negeri ini terutama golongan berpendapatan kecil seperti nelayan sekali gus berusaha mengubah nasib mereka agar bebas daripada belenggu kemiskinan.
Beliau berkata, usaha kerajaan yang ingin melihat segenap lapisan rakyat negeri ini menikmati pembangunan setara, bantuan sewajarnya diberikan.
Sehubungan itu, jelasnya, penerima yang mendapat bantuan semestinya bersyukur dan bukan mengambil kesempatan mencari keuntungan segera yang sebenarnya memakan diri. - UM
No comments:
Post a Comment