My Add

Saturday 17 December 2011

Skim baru pensyarah farmasi diperkenalkan

PUTRAJAYA, SABTU, 17 Disember, 2011: Berkuatkuasa Januari depan, kerajaan akan memperkenalkan skim baru kepada pensyarah farmasi yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi skim baru itu semua pensyarah farmasi akan menikmati gaji permulaan bersamaan dengan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (DS) iaitu pada tangga gaji DUF1-3.

"Menerusi skim baru ini kenaikan pangkat pensyarah farmasi setanding dengan pegawai farmasi di KKM dan ia juga bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai pensyarah di bidang farmasi," katanyaselepas melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi kementerian tersebut di sini, semalam.

Selain itu, menurut Mohamed Khaled, pihaknya turut memperkenalkan penambahbaikan pada skim pensyarah perubatan dan pergigian di mana gred lantikan permulaan dinaikan kepada gred DU/DUG51 berbanding sebelum ini iaitu gred DU/DUG45.

"Dengan penambahbaikan ini, diharap ia akan menarik lebih ramai graduan menceburi kerjaya pensyarah perubatan dan pergigian selain memastikan pensyarah sedia ada terus kekal berkhidmat di IPTA," katanya. - UM

No comments:

Post a Comment