My Add

Wednesday 28 December 2011

Kaunter zakat Mawip dibuka hingga 8 malam, Jumaat, Sabtu ini

PUTRAJAYA, RABU, 28 Disember, 2011: Operasi di tujuh kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) akan dibuka mulai 8.45 pagi hingga 8 malam pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Rais Alias berkata, langkah yang pertama kali dilaksanakan itu, bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat membuat pembayaran bagi tahun ini, untuk datang membayar di saat akhir.

"Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Alias berkata, tujuh kaunter zakat itu Masjid Negara; Taman Shamelin Perkasa; Daruzzakah Kampung Baru; KLSC Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur; Presint 9 di Putrajaya; dan Kompleks Ujana Kewangan di Labuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment