My Add

Wednesday 28 December 2011

Pekerja kilang terbunuh jatuh dalam mesin memproses kelapa sawit

TAIPING, RABU, 28 Disember, 2011: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin memproses kelapa sawit di kilang berdekatan Kampung Padang Gajah, di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah, berkata Suhaimi Mohamad Ariffin, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin yang masih bergerak ketika mencuci mesin terbabit, katanya kepada pemberita, di sini.

Yusof berkata, hanya mangsa berada di dalam kilang ketika itu dan kejadian disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang selepas mendengar jeritannya. 

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima laporan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hosptial Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment