My Add

Wednesday 28 December 2011

SPAD struktur semula sistem operasi pengangkutan awam

GEORGETOWN, RABU, 28 Disember, 2011: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan melakukan proses penstrukturan semula sistem operasi kenderaan darat awam sebagai usaha mengatasi masalah sistem operasi pengangkutan awam yang dikatakan tidak konsisten.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, terdapat pelbagai isu pengangkutan awam terutamanya masalah lebihan penawaran perkhidmatan pengangkutan, laluan operasi yang tidak seragam, masalah tambang, kebajikan pemandu dan sistem sewa beli kenderaan yang tidak memenuhi syarat.

"Diharapkan langkah penstrukturan semula sistem ini dapat memperbaiki mutu perkhidmatan sektor pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat lesen pengendali syarikat pengangkutan awam di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, SPAD akan mengambil langkah penyelesaian segera dengan merangka pelan induk sektor pengangkutan awam negara ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment