My Add

Saturday 3 December 2011

Mahu ekuiti bumiputera meningkat

KUALA LUMPUR, SBTU, 03 disember, 2011:
BEBERAPA inisiatif yang dirangka kerajaan di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) akan memastikan penyertaan dan ekuiti orang Melayu serta bumiputera dalam bidang ekonomi dapat ditingkatkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, MTAB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi lebih tumpuan kepada penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang ekonomi bernilai tinggi.

"Ia termasuk bidang petroleum serta perladangan dan sasaran itu bukan dari sudut meningkatkan jumlah usahawan bumiputera semata-mata, tetapi memastikan mereka bertahan lebih lama," katanya. UM

No comments:

Post a Comment