My Add

Saturday, 17 December 2011

Perkhidmatan tren MRT di Singapura tergendala lagi

SINGAPURA, SABTU, 17 Disember, 2011: Perkhidmatan tren MRT di republik itu sekali lagi tergendala hari ini, kali ini di laluan utara antara Marina Bay ke Raffles Place dan juga arah selatan dari Toa Payoh ke Marina Bay. 

Pengendali perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan, SMRT Corp Ltd, dalam satu kenyataannya berkata, bagaimanapun perkhidmatan arah utara dari Raffles Place ke Jurong East masih beroperasi.

Namun kekerapan perkhidmatan dari Raffles Place ke Toa Payoh dikurangkan, menurut kenyataan itu.

Semua penumpang di laluan yang terjejas dinasihatkan menaiki pengangkutan lain seperti bas pengantara. 

Beribu-ribu orang yang menggunakan khidmat komuter terjejas Khamis lalu apabila sistem perkhidmatan tren itu tergendala di waktu kesesakan pada sebelah petang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment