My Add

Monday 26 December 2011

Pengerusi baru BN Pulau Pinang bukan isu - Hock Nan

GEORGE TOWN, ISNIN. 26 Disember, 2011: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menegaskan soal pengerusi baru BN Pulau Pinang bukan merupakan satu isu kepada BN negeri.

Beliau berkata, BN Pulau Pinang tetap bertugas seperti biasa dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat di samping memastikan jentera parti di peringkat akar umbi bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Tidak ada apa yang perlu digusarkan ketika ini... tidak timbul isu itu (pengerusi baru), setiap minggu kami turun padang memastikan jentera parti di akar umbi menjalankan kerja seperti yang telah dirancang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu pengerusi baru BN negeri.

Isu pengerusi baru BN Pulau Pinang mula hangat diperkatakan selepas pengerusinya yang juga Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 19 November lepas mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment