My Add

Tuesday 27 December 2011


NAIB Yang Dipertua 2 PERKIM, Datuk Dr Arifin Suhaimi (kiri), dan dua ahli pertubuhan itu, Abas Adam (tengah) dan Datuk Baharin Baba mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah wang dana PERKIM di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
SHAH ALAM, SELASA, 27 Disember, 2011: Pengerusi Perkim Cawangan Damansara Utama, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dan dua ahli Perkim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap projek menaik taraf laluan Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh yang bernilai RM3.7 juta, sembilan tahun lalu.

Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Asmadi Hussin.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing, RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes itu. - Utusan Maalaysia

No comments:

Post a Comment