My Add

Saturday 17 December 2011

Perkasa gesa Hasan nyata pendirian

PASIR MAS, SABTU, 17 Disember, 2011. Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau sebaliknya dengan dasar-dasar kerajaan Selangor membabitkan kepentingan Islam dan kedudukan orang Melayu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Hasan mengetahui pendirian pakatan pembangkang dan kerajaan negeri diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kedua-dua perkara tersebut.

Justeru, kata beliau, pendirian Hasan itu perlu walaupun beliau sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama dengan mana-mana parti bagi memperjuangkan Islam, kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 termasuk wang tunai dan beg sekolah kepada 503 pelajar cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Sekolah Kebangsaan Abdul Hamid 2 di sini, semalam. - UM

No comments:

Post a Comment