BANGKOK, SABTU, 17 Disember, 2011: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan bertemu icon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika lawatannya ke negara jiran itu minggu depan.
Jurucakap kerajaan berkata, Yingluck menjadi Perdana Menteri Thailand pertama bertemu Suu Kyi apabila beliau ke ibu negara Myanmar, Naypyidaw, Isnin ini bagi mengikuti mesyuarat pemimpin negara, Greater Mekong sebelum melawat Yangon.
"Saya akan menghadiri persidangan kerjasama tenaga Mekong di Myanmar dan akan mengambil kesempatan bertemu Aung San Suu Kyi untuk bertukar-tukar pandangan," kata Yingluck dalam siaran langsung mingguan televisyen tempatan, hari ini.
"Beliau (Suu Kyi) adalah seorang wanita luar biasa yang berjuang untuk demokrasi," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment