My Add

Tuesday 20 December 2011

Pusat sedia RM2.71 bilion untuk Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 20 Disember, 2011: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.71 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi manfaat rakyat di Selangor sepanjang tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan itu telah dilulus dan dibelanjakan di negeri ini meliputi projek di bawah Rancangan Malaysia kesepuloh (RMK10) dan projek-projek khas yang merupakan tambahan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaan projek yang diluluskan secara terus daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hasil lawatan kerja ke negeri ini yang dimohon oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membabitkan jumlah keseluruhan RM16.95 juta.

“Daripada jumlah keseluruhan projek yang dilaksanakan di bawah RMK10, kerajaan Pusat telah memperuntukan RM2.62 bilion untuk pelaksanaan projek pembangunan, RM83.81 juta lagi dibawah projek NKRA dan RM16.95 juta lagi diluluskan secara terus oleh Perdana Menteri dan timbalannya menerusi lawatan kerja mereka di Selangor.

“Antara projek yang dilaksanakan ialah pembangunan infrastruktur, bantuan rumah rakyat dan menaik taraf kemudahan pengangkutan awam yang dilaksanakan pada tahun ini.

“Malah untuk program bandar selamat sahaja, kerajaan Pusat membelanjakan RM10.65 juta untuk dilaksanakan di Selangor melalui projek NKRA,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), peruntukan itu disalurkan ke Selangor untuk membolehkan rakyat mendapat pembelaan selain meningkatkan taraf hidup yang lebih selesa meskipun negeri itu ketika ini di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. - UM

No comments:

Post a Comment