My Add

Wednesday 28 December 2011

Rokok seludup bernilai RM90,000 dirampas di perairan Sandakan

SANDAKAN, RABU, 28 Disember, 2011: Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 8,000 bungkus rokok bernilai RM90,000 yang cuba diseludup masuk ke daerah ini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata rampasan dilakukan selepas anggota PGM menahan sebuah bot laju di kawasan perairan Terusan Duyung pada jam 6.10 petang.

Katanya, ketika cuba diperiksa, bot laju itu enggan berhenti dan apabila bot anggota PGM mengejarnya, bot laju itu hilang kawalan dan merempuh hutan bakau berhampiran.

"Juragan dan seorang pembantunya berjaya melarikan diri di kawasan hutan bakau itu," kata Fadzil. 

Beliau berkata, rokok yang cuba diseludup itu adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment