My Add

Saturday 17 December 2011

SPRM jelaskan isu NFC

PUTRAJAYA, SABTU, 17 Disember, 2011:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya ia tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

"Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu menjelaskan, semasa dalam proses pengumpulan bukti dan keterangan tersebut, SPRM telah menerima aduan daripada satu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang.

Namun setelah meneliti aduan itu, Jawatankuasa Menerima Maklumat SPRM mendapati ia tidak mengandungi unsur rasuah dan ia akan dirujuk kepada pihak polis.

Menurut kenyataan itu, SPRM tetap mengambil tindakan terhadap maklumat atau aduan yang berkaitan rasuah sebaliknya aduan atau maklumat yang tidak berkaitan unsur rasuah akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2009 sebanyak 313 kes dan pada 2010 sebanyak 210 kes yang diadukan kepada SPRM telah dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala polis pula telah merujuk 102 aduan pada 2009 dan 95 aduan pada 2010 kepada SPRM. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment