My Add

Tuesday 27 December 2011

Terharu dikunjungi Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin dan isterinya, Norainee Abdul Rahman beramah mesra dengan keluarga Peter Ng Ah Kaw dan isterinya, Wong See Moy ketika menziarahi rumah pasangan itu di Taman Sungai Jelok, Kajang, Selangor, semalam.

KAJANG, SELASA, 2I Disember, 2011: Sambutan Hari Krismas bagi seorang pengumpul barang-barang terpakai di Taman Sungai Jelok, dekat sini amat bermakna apabila kediamannya dikunjungi Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tambah mengharukan bagi Peter Ng Ah Kaw, 70, apabila Timbalan Perdana Menteri menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepadanya dan dua keluarga lain dalam lawatan ringkas kira-kira 15 minit itu.

Bagi Peter, dia amat gembira kerana Timbalan Perdana Menteri sudi mengunjungi rumahnya walaupun mengetahui Muhyiddin mempunyai jadual kerja yang amat padat.

Dia amat berbangga kerana Muhyiddin merupakan seorang pemimpin yang merendah diri.

“Saya amat gembira kerana berasa menjadi seorang kenamaan (VIP) hari ini. Malah, Timbalan Perdana Menteri juga bersedia membantu saya berhubung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan tamat tahun depan,” katanya.

Peter yang berpendapatan kira-kira RM600 sebulan merupakan antara 10 penerima bantuan baik pulih kediaman oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut bersama Muhyiddin dalam kunjungan itu ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isterinya, Datin Seri Masnah Rais.

Bagi seorang lagi penerima, V. Voral, 80, dia amat gembira kerana dapat berjumpa dan menerima sendiri bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, langkah Muhyiddin bertemu masyarakat merupakan tindakan yang amat bertepatan dengan slogan kerajaan yang mendahulukan rakyat.

“Ini menunjukkan Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang amat baik,” katanya.

Pendapat Voral turut dipersetujui seorang lagi penerima, Na An Tai, 46, yang gembira dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan bantuan yang diterima meringankan bebannya dalam menyara keluarga. - UM

No comments:

Post a Comment