My Add

Tuesday 20 December 2011

Tubuh jawatankuasa kerja hadapi PRU 13

PONTIAN, SELASA, 20 Disember, 2011: Semua sayap Pemuda UMNO di peringkat bahagian diarahkan menubuhkan jawatankuasa kerja masing-masing sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, memandangkan PRU 13 dianggap paling getir, kepimpinan Pemuda UMNO bahagian diingatkan supaya melipatgandakan usaha mendekati semua pengundi khususnya golongan muda melalui program-program bersama masyarakat.

Menurutnya, Pemuda UMNO juga diminta memberi tumpuan terhadap kempen pendaftaran pengundi baru bagi memastikan golongan muda yang mencapai umur 21 tahun berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Selain dianggap getir, PRU 13 dilihat sebagai 'perang' seperti yang dinyatakan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Oleh itu, semua ahli Pemuda UMNO di peringkat akar umbi perlu menyedari tanggungjawab itu dan dapat melakukan gerak kerja masing-masing dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah dan pertunjukan kelab kereta drift anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Mohd. Sa'at di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Johor, Fadzil Miskon dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai, Mesnor Bujang.

Selain itu, Razali turut menasihati semua ahli Pemuda UMNO supaya meningkatkan lagi perpaduan dan kerjasama agar jentera pilihan raya yang disusun berjalan lancar dan berkesan.a

"Begitu juga kerjasama dengan lain-lain sayap parti UMNO seperti Wanita, Puteri serta komponen Barisan Nasional (BN) perlu diteruskan supaya semua pihak saling memahami peranan masing-masing," katanya. - UM

No comments:

Post a Comment