My Add

Friday 2 December 2011

Tun Rahah lancar buku terbitan Yadim

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Disember, 20011:
YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semalam melancarkan buku berjudul Membumikan Erti Kasih Sayang karya Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir.

Buku setebal 550 halaman itu merupakan kompilasi 97 rencana yang pernah disiarkan Utusan Malaysia dan dijual pada harga RM21 dengan RM1 akan disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Sungai Semungkis, Hulu Langat.

Aziz berkata, beliau melihat setiap kejadian yang menimpa manusia sebagai sesuatu yang signifikan dengan sikap dingin terhadap nilai kasih sayang.

"Dalam mempraktikkan nilai tersebut, kita tidak memerlukan sokongan kebendaan kerana kasih sayang itu wujud secara semula jadi dalam diri. Sehubungan itu, kandungan buku ini cuba memberikan pandangan bagaimana kasih sayang yang tepat, sesuai dan berkesan dalam mewujudkan sebuah kehidupan yang baik," katanya ketika berucap pada pelancaran buku itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Katanya, buku itu juga merupakan pengamatannya terhadap isu-isu politik, sosial dan ekonomi yang memberi kesan kepada umat Islam di Malaysia, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Thailand.

Lebih bermakna bagi Aziz Jamaludin, buku itu dilancarkan oleh ibu Perdana Menteri, Tun Dr. Rahah Mohd. Noah.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Pada majlis itu juga, sebanyak 250 naskah telah dibeli oleh tiga individu perseorangan sebagai tanda sokongan kepada usaha Aziz Jamaludin.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai buku itu boleh menghubungi Yadim di talian 03-40437826 atau 03-40437815.

No comments:

Post a Comment