My Add

Friday 2 December 2011

Umum calon BN lebih awal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Disember, 2011:
PUCUK pimpinan UMNO diminta membuat pengumuman awal senarai calon-calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi memberi ruang lebih lama kepada pengundi menilai kewibawaan mereka.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Selayang, Reny Rahayu Mohd. Ishak berkata, dengan memperkenalkan lebih awal, ia boleh digunakan oleh calon berkenaan untuk memikat hati pengundi dalam tempoh berkempen yang singkat.

"Kita jangan fikirkan kemungkinan ada unsur sabotaj daripada pembangkang yang akan 'mencungkil' biodata mereka. Kalau kita yakin itulah winnable candidate kita, saya fikir kita tak perlu takut atau bimbang," katanya ketika ditemui di sini sedmalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar berkata, pihaknya percaya jika amanat Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Ucapan Dasar Presiden mampu dipraktikkan secara berkesan, tidak mustahil kerusi-kerusi Parlimen milik BN dalam Wilayah Persekutuan yang terlepas pada Pilihan Raya Umum 2008 mampu diambil semula.

"Dari segi isu di Kuala Lumpur contohnya, rata-rata parti sudah menanganinya dengan bantuan kerajaan. Antaranya, isu kemiskinan bandar yang meliputi soal perumahan rakyat," katanya. - UM

No comments:

Post a Comment