Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Februari, 2014 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia perlu menjadi kuasa perantara serantau (region's middle powers) terlebih dahulu sebelum hasrat muncul negara maju pada 2020 menjadi kenyataan.
Menurut Perdana Menteri, sebagai kuasa perantara serantau, banyak peranan penting boleh dimainkan Malaysia di peringkat Asia, sekali gus menyumbang kepada impak signifikan terutama dalam aspek pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang bergantung kepada pasaran terbuka, dasar luar Malaysia mesti sentiasa peka dan bertindak balas terhadap perubahan persekitaran terutama melibatkan ekonomi dengan cara kita sendiri.
"Kita mesti menjadi salah sebuah kuasa perantara serantau yang akan bertindak memainkan banyak peranan penting dalam memberi impak signifikan dan sistematik sama ada menerusi kumpulan kecil atau institusi-institusi antarabangsa.
"Kita mahu memainkan peranan lebih besar di peringkat Asia dan seterusnya membantu pula Asia memainkan peranan penting di peringkat global," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan ke-8 tahun 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, timbalannya, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Othman Hashim.
Najib dalam pada itu memberitahu, beliau akan menjelaskan lebih lanjut mengenai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia kuasa perantara serantau sebelum muncul negara maju dalam masa beberapa minggu akan datang.
Mengenai ASEAN pula, beliau menjelaskan Malaysia akan kekal komited mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin terutama dalam aspek keamanan, kemakmuran dan kestabilan selain memastikan suara Malaysia dihormati.
"Jika kita tidak mempunyai suara yang berpengaruh di sini (ASEAN), kita tidak akan mempunyai suara berpengaruh di mana-mana pun. Oleh itu, kita mesti menumpukan kepada sumber yang mencukupi," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Perdana Menteri memberi ingatan kepada semua para diplomat agar menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memuat naik sebarang kenyataan.
Katanya, dalam era kepesatan teknologi, sebarang perbincangan sulit boleh tersebar dengan pantas jika para diplomatik kurang bertanggungjawab dan perkara tersebut dibimbangi menjejaskan imej Malaysia. - UTUSAN
![]() |
* NAJIB Tun Razak (depan, empat dari kiri) bergambar dengan peserta persidangan selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan ke-8 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Anifah Aman (tiga dari kiri) dan Hamzah Zainudin (lima dari kiri). - BERNAMA |
Menurut Perdana Menteri, sebagai kuasa perantara serantau, banyak peranan penting boleh dimainkan Malaysia di peringkat Asia, sekali gus menyumbang kepada impak signifikan terutama dalam aspek pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang bergantung kepada pasaran terbuka, dasar luar Malaysia mesti sentiasa peka dan bertindak balas terhadap perubahan persekitaran terutama melibatkan ekonomi dengan cara kita sendiri.
"Kita mesti menjadi salah sebuah kuasa perantara serantau yang akan bertindak memainkan banyak peranan penting dalam memberi impak signifikan dan sistematik sama ada menerusi kumpulan kecil atau institusi-institusi antarabangsa.
"Kita mahu memainkan peranan lebih besar di peringkat Asia dan seterusnya membantu pula Asia memainkan peranan penting di peringkat global," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan ke-8 tahun 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, timbalannya, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Othman Hashim.
Najib dalam pada itu memberitahu, beliau akan menjelaskan lebih lanjut mengenai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia kuasa perantara serantau sebelum muncul negara maju dalam masa beberapa minggu akan datang.
Mengenai ASEAN pula, beliau menjelaskan Malaysia akan kekal komited mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin terutama dalam aspek keamanan, kemakmuran dan kestabilan selain memastikan suara Malaysia dihormati.
"Jika kita tidak mempunyai suara yang berpengaruh di sini (ASEAN), kita tidak akan mempunyai suara berpengaruh di mana-mana pun. Oleh itu, kita mesti menumpukan kepada sumber yang mencukupi," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Perdana Menteri memberi ingatan kepada semua para diplomat agar menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memuat naik sebarang kenyataan.
Katanya, dalam era kepesatan teknologi, sebarang perbincangan sulit boleh tersebar dengan pantas jika para diplomatik kurang bertanggungjawab dan perkara tersebut dibimbangi menjejaskan imej Malaysia. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment