My Add

Sunday, 23 February 2014

BR1M bukan rasuah daripada kerajaan-TPM

PAGOH, AHAD, 23 Februari, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah daripada kerajaan, sebaliknya menyatakan pemberian itu akan dapat memantapkan ekonomi dan mengukuhkan pendapatan rakyat melalui langkah-langkah fiskal dan rasionalisasi subsidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian BR1M juga bukan satu pembaziran kerana disalur terus kepada golongan sasar yang memerlukan.

"Mereka (penerima BR1M) hargai (bantuan ini) dan tidak rasa ini tidak baik. Pihak pembangkang bimbang dengan pemberian BR1M kerana langkah ini dilihat dapat mengurangkan pengaruh mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan BR1M Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment