My Add

Sunday, 23 February 2014

Pastikan KLIA2 beroperasi 2 Mei ini

HULU LANGAT, AHAD, 23 Februari, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu tarikh yang dijanjikan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) beroperasi mulai 2 Mei ini dipatuhi.

Beliau juga mengingatkan semua pihak berkepentingan termasuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat-syarikat penerbangan supaya meletakkan kepentingan nasional dan rakyat melebihi kepentingan sendiri.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan dan memberikan bantuan kepada beberapa penduduk di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment