My Add

Sunday, 23 February 2014

Warga emas maut ditikam lelaki bertopi keledar

SEREMBAN, AHAD, 23 Februari, 2014: Seorang warga emas maut selepas ditikam dengan kejam oleh seorang lelaki bertopi keledar dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Taman Bukit Mas di Jalan Seremban Tampin dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, Aris Sulaiman, 64, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam suspek di kaunter stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian dan memberitahu kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment