3 penjenayah warga asing ditembak mati
Oleh ASLIZA MUSA
LUMUT, ahad, 23 Februari, 2014: Tiga penjenayah dipercayai warga asing ditembak mati oleh sepasukan polis selepas mereka cuba menyerang pasukan keselamatan itu dalam kejadian di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas-Parit dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia 20 hingga 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika penjenayah terbabit cuba melarikan diri ketika dihampiri Pasukan Ops Cantas Khas Perak dengan melepaskan dua das tembakan ke aras pasukan terbabit.
Katanya, kesemua penjenayah itu dilaporkan baharu sahaja menyamun sepasang suami isteri warga emas di Kampung Serapoh kira-kira pukul 4 pagi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment