My Add

Sunday, 23 February 2014

MCA laung keyakinan di Kajang

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Februari, 2014: MCA yakin dapat memberi tentangan sengit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang biarpun bakal berdepan cabaran besar.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jentera parti kini bersedia sepenuhnya untuk memenangi hati pengundi Kajang dengan menamakan calon yang berintegriti.

"Biarpun bakal berdepan cabaran getir, MCA tidak akan takut kerana kita yakin rakyat akan membuat penilaian yang sewajarnya tambahan pula PRK itu sengaja dicipta oleh pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Ulang Tahun ke-65 parti itu di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment