Isu denggi, bekalan air tumpuan BN di Kajang
HULU LANGAT, AHAD, 23 Februari, 2014: Barisan Nasional (BN) bertanding untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun turun sebagai 'underdog' kerana calon dan tempat telah ditentukan oleh pembangkang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, dua isu utama yang diberikan tumpuan oleh BN di kawasan Kajang adalah menangani masalah wabak denggi dan kekurangan bekalan air.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar tangki-tangki air ke kawasan yang menghadapi masalah bekalan air di kawasan ini.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan dan memberikan bantuan kepada beberapa penduduk di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment