My Add

Sunday, 23 February 2014

BN kekal kemenangan di Parlimen Machang

KOTA BHARU, AHAD,23 Feb Datuk Ahmad Jazlan Yaakub daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai ahli Parlimen Machang selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKT) bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menolak petisyen itu yang difailkan calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail dan memerintahkannya membayar kos perundangan RM10,000 kepada Ahmad Jazlan selaku responden pertama.

Beliau turut memerintahkannya membayar kos perundangan sebanyak RM30,000 masing-masing kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Machang selaku responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden ketiga.

Hakim Zamani berkata, Ahmad Jazlan telah dipilih secara sewajarnya sebagai anggota Parlimen Machang pada PRU13 itu mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment